DATANGNYA AL MAHDI TANDANYA QIAMAT TELAH DEKAT

Allah & Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dalam Mimpi-Mimpiku

Bandung, 4 Januari 2022

ALMAHDI PERLU DIIKTIARKAN

Apabila AlMahdi itu adalah tanda Qiamat, mustahil ianya tersembunyi, mustahil orangnya diperintahkan untuk bersembunyi. Tanda itu sifat aslinya didedahkan atau diisytiharkan. Tanda itu membawa maksud petunjuk. Tiada ertinya sesuatu tanda mahupun petunjuk, sekiranya petunjuk tersebut disembunyikan.

TANDA KEMUNCULAN ALMAHDI BESERTA GEMPA DI ZAMAN PERSELISIHAN MANUSIA

Tanda kemunculan AlMahdi atau bermulanya zaman AlMahdi apabila banyak berlakunya gempa, tanah runtuh, musibah dan fitnah di mana mana. Sekarang perkara ini sedang berlaku dan kita sendiri merasakannya.

۞ أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا ۞
۞ “Aku perjelaskan dengan khabar yang menggembirakan (بَشِّرُ) kepada kalian mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ﷻ ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi mengagihkan secara saksama dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.” ۞
(Hadits Riwayat Musnad Ahmad)

KETAHUILAH, SEDARLAH DAH BANGUNLAH

AlMahdi itu sedang memperjelaskan tanda tanda qiamat. Carilah dan bantulah. Allah menjadikan AlMahdi sebagai tanda akhir zaman. Allah juga berkuasa untuk melindunginya. Sifat kita yang membiarkan beliau keseorangan inilah, menyebabkan beliau dihina dan diejek, malah paling sadis ummat ini sanggup membiarkan petunjuk dari Allah itu diremehkan.

KITA SEDANG BERADA DI ZAMAN ALMAHDI

Kalian orang yang bijak untuk menilai. Sekiranya maklumat yang benar disampaikan kepada kalian, kalian mampu membuat keputusan dengan benar. Walaupun kalian hanya orang biasa, namun kalian merupakan golongan yang istimewa apabila kalian mencari kebenaran. insya-Allah.

http://abudaie.blogspot.com

Bantulah untuk sebarkan supaya semua orang mengetahui dan membuat penilaian sendiri. Semua orang bijak untuk membuat keputusan yang baik. insya-Allah.

Diterbitkan oleh H. Akang Permana, SP. MM

H. Akang Permana, lahir di Bandung, 19 Agustus 1958

Tinggalkan komentar

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai