KEADAAN UMMAT KETIKA MENANTI KEMUNCULAN ALMAHDI UNTUK DIBAIAH

Allah & Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dalam Mimpi-Mimpiku

Bandung, 4 Februari 2022

Sesuatu Yang Dicari Ada Didepan Mata

Almahdi Dibai’at

Segala pujian bagi Allah  ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan salam untuk  Baginda ﷺ

KEADAAN UMMAT KETIKA MENANTI KEMUNCULAN ALMAHDI UNTUK DIBAIAH

Kemunculan AlMahdi diperingkat awal hanya diterima segelintir orang awam dan semakin bertambah sehinggalah beliau diakui oleh Khalifah Bani Tamim. Setelah kemunculan pertama AlMahdi di Ghazwa Hind, terdapat perkembangan besar dan ramai yang menerima dan mempercayai beliau.

Bahkan masih ramai lagi yang tidak mengetahui kemunculan AlMahdi tersebut. Sementara itu masih terdapat sebahagian besar umat yang tidak menerima AlMahdi, walaupun berita itu sampai kepadanya. Mereka yang tidak mempercayai, mengharapkan kemunculan AlMahdi yang sebenar untuk dibaiah di Mekah.

Begitu pula bagi yang mengetahui tentang AlMahdi ujian untuk taat itu tetap ada. Mereka yang benar-benar yakin akan berhijrah ke Pakistan, sementara yang lain keberatan untuk berhijrah. Mereka yang tidak berhijrah akan menghadapi fitnah yang lebih berat dan terus bertambah. Kemunculan pertama AlMahdi adalah sebagai alMubassyirat (pembawa khabar gembira yang ditunggu) untuk memimpin umat Islam menempohi zaman fitnah tersebut.

* Maaf sila baca dahulu Artikel Kemunculan AlMahdi, dan artikel Fitnah selepas Ghazwa Hind (sekiranya sudah disiarkan). artikel ini adalah sambungan dari artikel tersebut. Artikel tersebut akan menjelaskan keadaan umat yang sangat terdesak kerana fitnah, kesengsaraan dan kegelapan kerana ketiadaan ulama sudah menyeluruh serata dunia.

DUA KALI PENGIBARAN PANJI HITAM TANDA KEMUNCULAN ALMAHDI 

Namun kemunculan kali kedua ini merupakan bai’at AlMahdi sebagai imam kepada seluruh umat Islam. Supaya tidak keliru, terdapat dua kali pengibaran Panji Hitam yang diriwayatkan oleh hadits. Kibaran pertama ketika diperangi di Ghazwa Hind dan yang kedua ketika mendatangi ke Bai’ah Mekah. 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ صَالِحٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَقْبَلَ فِتْيَةٌ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ فَلَمَّا رَآهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْرَوْرَقَتْ عَيْنَاهُ وَتَغَيَّرَ لَوْنُهُ قَالَ فَقُلْتُ مَا نَزَالُ نَرَى فِي وَجْهِكَ شَيْئًا نَكْرَهُهُ فَقَالَ إِنَّا أَهْلُ بَيْتٍ اخْتَارَ اللَّهُ لَنَا الْآخِرَةَ عَلَى الدُّنْيَا وَإِنَّ أَهْلَ بَيْتِي سَيَلْقَوْنَ بَعْدِي بَلَاءً وَتَشْرِيدًا وَتَطْرِيدًا حَتَّى يَأْتِيَ قَوْمٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَعَهُمْ رَايَاتٌ سُودٌ فَيَسْأَلُونَ الْخَيْرَ فَلَا يُعْطَوْنَهُ فَيُقَاتِلُونَ فَيُنْصَرُونَ فَيُعْطَوْنَ مَا سَأَلُوا فَلَا يَقْبَلُونَهُ حَتَّى يَدْفَعُوهَا إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا كَمَا مَلَئُوهَا جَوْرًا فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلْيَأْتِهِمْ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ

Abdullah berkata, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba seorang pemuda dari Bani Hasyim datang, ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihat mereka, maka kedua mata baginda kelihatan berkaca-kaca (kesedihan) dan berubah wajahnya.” Lalu saya bertanya, “Mengapakah kami masih melihat di wajah anda ada sesuatu yang kami tidak suka?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya kami adalah ahli bait yang Allah memilihkan akhirat buat kami atas dunia. Dan sungguh, sepeninggalku nanti ahli baitku akan menemui musibah, bencana dan pengusiran, sehingga datang suatu golongan dari sebuah “tempat yang berhampiran” dengan tempat terbitnya matahari (timur) pada mereka ada panji panji hitam, mereka meminta  kebaikan namun ianya ditolak. Lalu mereka diperangi, maka mereka mendapatkan pertolongan (kemenangan), akhirnya mereka diberi apa yang mereka minta, namun golongan tersebut tidak mahu menerima sehingga mereka menyerahkan urusan tersebut kepada seorang lelaki dari ahli baitku, lantas ia memenuhinya dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) bumi telah dipenuhi dengan kejahatan. Barangsiapa dari kalian mendapati yang demikian, maka datangilah kepada mereka walau dalam keadaan merangkak di atas salju.” (Hadits Sunan Ibnu Majah)

* Hadits ini sudah dijelaskan dalam artikel Halatuju, rujuk Artikel tersebut insya-Allah.

Hadits di atas ini menunjukkan pengibaran “Panji Hitam Pertama” di Ghazwa Hind, manakala hadits berikut di bawah adalah pengibaran “Panji Hitam Kedua” ketika keberangkatan jemaah AlMahdi menuju ke Mekah. 

 إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّايَاتِ السُّودَ قَدْ جَاءَتْ مِنْ خُرَاسَانَ فَأْتُوهَا فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَةَ اللَّهِ الْمَهْدِيَّ

Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Bila kalian melihat bendera-bendera hitam yang datang dari Khurasan, datangilah, karena di sana ada khalifah Allah, Al Mahdi.” (Hadits  Musnad Ahmad) 

Semasa di Ghazwa Hind panji hitam dikibarkan oleh Khalifah bani Tamim, lalu diserahkan urusan tersebut kepada AlMahdi. Manakala ketika perjalanan jemaah AlMahdi ke Jazirah Arab menuju ke Mekah dan Madinah, Panji Hitam dikibarkan sendiri oleh AlMahdi. 

SERUAN UNTUK BERSAMA SEMASA PENGIBARAN PANJI HITAM YANG KEDUA

AlMahdi berserta pasukan beliau akan berhijrah ke Madinah apabila masa tersebut tiba, yakni ketika Madinah sudah ditinggalkan. Ujian penduduk Madinah semasa zaman alHaraj dan Ruwaibidhah sangat berat. 

 الْمَدِينَةُ يَتْرُكُهَا أَهْلُهَا وَهِيَ مُرْطِبَةٌ قَالُوا فَمَنْ يَأْكُلُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ السِّبَاعُ وَالْعَائِفُ

Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Madinah ditinggalkan oleh penduduknya dalam keadaan subur banyak rumput. Mereka bertanya, ‘Lalu siapa yang memakannya, Wahai Rasulullah? Rasulullah ﷺ bersabda, ‘haiwan liar dan burung burung’ (Hadits Shahih Musnad Ahmad)

Madinah ditinggalkan bukan kerana Madinah kekeringan, sebaliknya kerana penduduk asalnya berhijrah ke tempat lain. Kesemuanya adalah berkaitan dengan iman, sekiranya iman kuat ahli Madinah tidak akan meninggalkan Madinah. Malah pembangunan dari kota lain merupakan sebuah tarikan besar, sehinggalah Madinah akan ditinggalkan kosong atas perintah pemerintah.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Sesungguhnya iman itu pasti kembali (menyubur) hingga ke Madinah sebagaimana kembalinya ular (setelah berusaha untuk meneruskan hidup) lalu masuk semula ke dalam lubangnya (untuk berlindung) “. (Hadits Shahih Bukhari)

Berdasarkan hadits di atas jelas terdapat usaha atas iman yang muncul di luar Madinah sehingga usaha tersebut menyebar kembali ke Madinah. AlMahdi bukanlah penduduk asal Madinah, kerana ianya telah disabdakan akan ditinggalkan kosong. AlMahdi dan jemaah beliau akan mula berhijrah ke Madinah setelah keadaan tersebut berlaku. Ketika perjalanan inilah Imam AlMahdi akan mengibarkan Panji Hitam yang sebenarnya sebagai pengisytiharan bahawa jemaah itu adalah jemaah yang mempunyai Khalifah AlMahdi. 

Harap difahami hadits yang berkaitan dengan Panji Hitam yang bergerak dari Timur juga membawa maksud wilayah Hind atau Pakistan baru. Sebahagian hadits menyatakan dari qibali Khurasan dan sebahagian lain dari qibali masyriq. Qibali yang bererti sebelum atau sebelah. Maka Wilayah Hind adalah sebelah di antara Khurasan dan Nusantara. 

Bahkan kosongnya Kota Madinah berlaku kerana Jazirah Arab secara umumnya sudah lemah akibat Pra Perang Dunia sebelum Ghazwa Hind. Maka golongan akan menguasai Arab dengan menjadikan pusat pemerintahan adalah Syam. Madinah dirosakkan oleh pihak pemerintah dari kalangan Khawarij. Golongan Khawarij terkeluar dari jemaah Islam kerana tidak menerima untuk taat terhadap Khalifah selain mereka. Golongan inilah yang akan memerangi jemaah yang dipimpin oleh khalifah AlMahdi ketika tahun bai’ah AlMahdi

Setelah penghijrahan tersebut barulah berlaku tahun AlMahdi akan dicari dan dibai’at. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud di bawah ini dibahagikan tiga bahagian supaya mudah dijelaskan dan mudah difahami. 

  يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ 

(Akan terjadi perselisihan saat kewafatan khalifah, maka seorang laki-laki (Al Mahdi) akan keluar dari “alMadinah” pergi menuju Makkah. lalu beberapa orang dari penduduk Makkah mendatanginya, mereka memaksanya keluar (dari dalam rumah) meskipun ia tidak menginginkannya. Orang-orang itu kemudian membaiatnya pada suatu tempat antara Rukun (Hajar Asawad) dan Maqam (Ibrahim).    

Pengibaran kedua berlaku selepas kewafatan Khalifah. Khalifah yang wafat tersebut adalah Khalifah Bani Tamin seperti yang diterangkan sebelumnya. Rasullullah ﷺ menyatakan kewafatan tersebut adalah seorang khalifah bukannya seorang Raja (Mulkan). Seorang Pemerintah Wilayah atau Negara (Mulkan) tidak sama dengan Khalifah.

وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ 

(Lalu dikirimlah sepasukan dari penduduk Syam untuk memeranginya, tetapi pasukan itu justru ditenggelamkan oleh (Allah) di Al Baida, tempat antara Makkah dan Madinah. Maka ketika manusia melihat hal itu, orang-orang shalih dari Syam dan orang-orang terbaik dari penduduk Irak membaiatnya antara rukun dan Maqam.) 

ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ 

(Lalu muncul seorang laki-laki dari bangsa Quraisy, bapa saudaranya merupakan keturunan Kalb, maka dia mengutuskan sebuah pasukan untuk memerangi mereka, dizahirkan (dimenangkan) ke atas mereka.)

PERKARA YANG MEMAKSA ALMAHDI DIMINTA UNTUK DIBAIAH

Selanjutnya di dalam masa yang sama setelah  kewafatan khalifah tersebut berlakunya perselisihan. Perselisihan untuk menggantikan Khalifah. Zaman ini berlaku semasa zaman Ruwaibidhah, tiada lagi ulama yang dapat menyatukan ummat. Masing masing akan mendakwa kebenaran berada di pihaknya. Kekeliruan inilah yang menjurus ummat Islam memaksa AlMahdi menjadi imam ummat seperti hadits di atas dan perselisihan seperti hadits di bawah. insya-Allah.

 يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Akan berlaku pertempuran sesama tiga orang di sisi pemeliharaan kalian, dan kesemuanya adalah anak khalifah, lalu tiada yang kekal bertahan melainkan seorang dari kalangan mereka, Kemudian muncullah panji hitam dari kawasan bersebelahan dengan tempat terbitnya matahari. Maka akan berlaku peperangan atas kalian sebuah peperangan yang tidak pernah terjadi peperangan pada kaum (mana-mana pun sebelum atau sesudah itu). Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak dapat memeliharanya (mengingati dengan baik). Maka apabila kamu melihatnya maka berbaiahlah kepada dia, walaupun terpaksa merangkak atas salju. Sesungguhnya itulah khalifah Allah al-Mahdi. (Hadits Sunan Ibnu Majah)

TAHUN ALMAHDI DIBAIAH

Tahun inilah yang ditunggu oleh sebahagian besar ummat Islam di seluruh dunia yang mengetahui dan mempercayai bahawa AlMahdi itu adalah Imam yang akan memimpin seluruh orang yang beriman. Tidak semua orang Islam akan menerima AlMahdi sebagai imam, kesannya kepada sesiapa yang tidak menerimanya akan menghadapi fitnah akhir zaman sehinggalah keimanannya yang sedikit itu akan tercabut juga. Iblis dan pengikutnya  (syaitan) terdiri dari jin dan manusia sangat menantikan keadaan umat yang lari dari imamnya.

BERGERAK UNTUK MENYERTAI PANJI TERSEBUT

Barang siapa yang melihat atau sempat berada di zamannya hendaklah bersegera menyertainya walaupun terpaksa merangkak di atas salju. Ini kerana penghijrahan itu adalah penghijrahan khalifah AlMahdi. Inilah ujian untuk semua umat Islam untuk membuat keputusan. Ummat ini perlu membuat keputusan untuk memilih. Memilih Allah dan sesiapa sahaja dipilih oleh Allah atau memilih selain dari Allah dan apa yang dicintai olehnya selain dari Allah.

ZAMAN KEMUNCULAN IMAM ALMAHDI

Kemunculan Imam AlMahdi yang pertama merupakan tanda untuk untuk ummat membuat keputusan. Menunggu kemunculan Imam AlMahdi bererti menunggu keputusan Allah ﷻ. Maka tunggulah sehingga Allah ﷻ mendatangkan keputusanNya.

INILAH TAHUN UMMAT BUAT KEPUTUSAN TERAKHIR

Haji akhbar adalah suatu tanda besar  kerana keputusan Allah akan berlaku pada mana mana haji akhbar. Perkara yang sama juga pernah berlaku di zaman Rasullullah. Al Quran adalah sebuah petunjuk, ianya masih diguna pakai sehingga Qiamat.

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ۙ وَرَسُولُهُ ۚ فَإِنْ تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahwa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertobat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. (Surat At-Taubah Ayat 3)

TAHUN 2028 ADALAH TAHUN HAJI AKHBAR

Haji akhbar akan berlaku setiap kitaran 8 tahun Qamariah. Haji akhbar adalah haji yang berlaku pada hari Jumaat dan pada tahun tersebut juga, 15 Ramadhan berlaku pada hari Jumaat. Haji ini akan berlaku pada tahun ganjil mengikut kiraan Qamariah. 

Tahun 1449 H bersamaan 2028 M adalah kitaran tahun haji akhbar

10 Zulhijah 1449 Jumaat (05-5-2028)

15 Ramadhan 1449 Jumaat (11-2-2028)

(Rujuk jadual  berikutnya)

FENOMENA HAJI AKHBAR DI DALAM TAHUN GANJIL SETIAP KITARAN 8 TAHUN QAMARIAH

Jadual berikut ini menunjukkan kitaran setiap tempoh 8 tahun Qamariah. 

Tahun 1433 H bersamaan 2012 M adalah kitaran tahun haji akhbar (Sudah berlalu)

* 10 Zulhijah 1433 Jumaat (26-10-2012)

   15 Ramadhan 1433 Jumaat (3-8-2012)

* 10 Zulhijah 1434 Selasa (15-10-2013)

* 10 Zulhijah 1435 Ahad  (5-10-2014)

* 10 Zulhijah 1436 Khamis (24-9-2015)

* 10 Zulhijah 1437 Isnin (13-9-2016)

* 10 Zulhijah 1438 Sabtu (02-9-2017)

* 10 Zulhijah 1439 Rabu (22-8-2018)

* 10 Zulhijah 1440 Isnin (12-8-2019)

Tahun 1441 H bersamaan 2020 M adalah kitaran tahun haji akhbar (Sudah berlalu)

* 10 Zulhijah 1441 Jumaat (31-7-2020)

 – 15 Ramadhan 1441 Jumaat (8-5-2020)

* 10 Zulhijah 1442 Selasa (20-7-2021)

* 10 Zulhijah 1443 Ahad  (10-7-2022)

* 10 Zulhijah 1444 Khamis (29-6-2023)

* 10 Zulhijah 1445 Isnin (17-6-2024)

* 10 Zulhijah 1446 Sabtu (07-6-2025)

* 10 Zulhijah 1447 Rabu (27-5-2026)

* 10 Zulhijah 1448 Isnin (17-5-2027)

Tahun 1449 H bersamaan 2028 M adalah kitaran tahun haji akhbar

* 10 Zulhijah 1449 Jumaat (05-5-2028)

   15 Ramadhan 1449 Jumaat (11-2-2028)

* 10 Zulhijah 1450 Selasa (24-4-2029)

* 10 Zulhijah 1451 Ahad (14-4-2030)

* 10 Zulhijah 1452 Khamis (3-4-2031)

* 10 Zulhijah 1453 Isnin (22-3-2032)

* 10 Zulhijah 1454 Sabtu (12-3-2033)

* 10 Zulhijah 1455 Rabu (01-3-2034)

* 10 Zulhijah 1456 Ahad (18-2-2035)

Tahun1457 H bersamaan  2036 H adalah kitaran tahun haji akhbar

* 10 Zulhijah 1457 Jumaat (08-2-2036)

   15 Ramadhan 1457 Jumaat (16-11-2035)

* 10 Zulhijah 1458 Selasa (27-1-2037)

* 10 Zulhijah 1459 Ahad (17-1-2038)

* 10 Zulhijah 1460 Khamis (6-1-2039)

* 10 Zulhijah 1461 Isnin (26-12-2040)

* 10 Zulhijah 1462 Sabtu (15-12-2041)

* 10 Zulhijah 1463 Rabu (04-12-2042)

* 10 Zulhijah 1464 Ahad (23-11-2043)

Tahun 1465 H bersamaan 2044 M adalah kitaran tahun haji akhbar

* 10 Zulhijah 1465 Jumaat (13-11-2044)

   15 Ramadhan 1465 Jumaat (21-8-2044)

(Rujukkan ini diharap cukup sekadar ini kerana tiada keperluan untuk setelah 2037 Masehi. Setelah tahun 2037M ummat Islam telah tiada lagi. Rujuk Artikel Tahun Berakhirnya Ummat Islam. insya-Allah)

MUJADDID SETIAP AWAL SERATUS TAHUN

 إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Rasulullah ﷺ, bersabda, 

“Sesungguhnya Allah, akan mengutuskan bagi ummat ini untuk setiap kepala setiap seratus tahun seorang yang memulihkan (membaharukan semula) agama (sepertimana asalnya) (Hadits Shahih Abu Daud)

Selanjutnya selepas kewafatan Rasullullah, ummat ini tetap akan dikuatkan oleh kehadiran mujaddid setiap seratus tahun. Kalimat “رأس” di sini digunakan untuk menunjukkan masa kehadiran mujaddid tersebut adalah di awal setiap seratus tahun, lalu dinamakan kepala setiap seratus tahun atau “Kepala Kurun”. Kehadiran mujaddid bukan berada dipertengahan atau di antara atau di dalam tempoh masa seratus tahun.

MUJADDID ITU HANYA SEORANG SETIAP SERATUS TAHUN

Hadits tersebut juga menyatakan dengan jelas bahawa mujaddid itu bukanlah kelompok atau jemaah mujaddid, sebaliknya seorang mujaddid berdasarkan kalimat مَنْ يُجَدِّدُ. Kalimat ini bermaksud “mufrad” (seorang pelaku) bukannya “jamak” (sekumpulan pelaku) memahamkannya sebagai segolongan mujaddid adalah suatu kesilapan. 

FASA SETIAP SERATUS TAHUN SYAMSIAH

* Pengiraan setiap awal seratus tahun Syamsiah bermula dari zaman dakwahnya Rasullullah ﷺ. Adakah ada permulaan yang lain dari ini. Kiraan tahun berdasarkan kiraan falaq syarie Syamsiah, sepertimana penjelasan di dalam artikel Tahun Berakhirnya Ummat Islam. Maka dengan merujuk kepada kalendar Gregorian, terdapat 14 kurun sehingga berakhirnya Tahun Ummat Islam.

Maksud “Kepala Kurun” itu adalah tempoh 22 hingga 23 tahun awal setiap kurun atau selepas setiap seratus tahun bermula dari tarikh kerasulan Nabi Muhammad saw. Berdasarkan maklumat berikut:

* Tarikh kerasulan bermula sebelum hijrah pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan bersamaan 10 Ogos 610M

* Tarikh hijrah pada 12 Rabiul Awwal 01H bersamaan 24 September 622M.

* Tarikh wafat 12 Rabiulawal 11H bersamaan 8 Jun 632M

 Harap perkara ini jelas. insya-Allah.

610M hingga 632M – Zaman Rasullullah

710M hingga 732M – Mujaddid Pertama

810M hingga 832M – Mujaddid Ke-2

910M hingga 932M – Mujaddid Ke-3

1010M hingga 1032M – Mujaddid Ke-4

1110M hingga 1132M – Mujaddid Ke-5

1210M hingga 1232M – Mujaddid Ke-6

1310M hingga 1232M – Mujaddid Ke-7

1410M hingga 1432M – Mujaddid Ke-8

1510M hingga 1532M – Mujaddid Ke-9

1610M hingga 1632M – Mujaddid Ke-10

1710M hingga 1732M – Mujaddid Ke-11

1810M hingga 1832M – Mujaddid Ke-12

1910M hingga 1932M – Mujaddid Ke-13

2010M hingga 2032M – Mujaddid Ke-14

2110M hingga 2132M – Tiada lagi mujaddid, kerana tiada lagi ummat Islam yang hidup. insya-Allah.

* Di setiap kurun terdapat seorang Mujaddid diutuskan. Perkara ini tidak perlu dijelaskan siapakah Mujaddid kurun yang telah berlalu kerana penjelasan tersebut bukan maksud.

Mujaddid yang sedang dijelaskan sekadar Mujaddid ke 13 dan ke 14. insya-Allah

KEMUNCULAN MUJADDID PADA TAHUN HAJI AKHBAR

Zaman kemunculan mujaddid di antara tahun 2010M hingga 2032M yakni zaman sebelum Tahun Berakhirnya Ummat Islam. Sekiranya masih mengandalkan adanya mujaddid di antara 2110M hingga 2132M, umur umat Islam sudah melebihi 1500 tahun baik kiraan Hijrah ataupun Syamsiah. Sepakat ulama menyatakan umur ummat Islam tidak melebihi 1500 tahun. insya-Allah

Merujuk kepada tahun tahun berlakunya haji akhbar seperti yang ditunjukkan di atas dapat diambil tahun 2012, 2020, 2028 dan 2036. Didapati tahun 2036 sudah terkeluar dari “tempoh kepala kurun”. Manakala tahun 2012 dan 2020 telah berlalu. Maka yang masih tertinggal adalah tahun 2028. insya-Allah.

2028 MASEHI ADALAH TAHUN DIBAIAH ALMAHDI DAN TAHUN KEMUNCULAN MUJADDID

Tahun 2028 sebagai haji akhbar dan berada di dalam “kepala kurun” bukanlah sebuah kebetulan. Angka 2028 ini bukan sebuah ramalan, perkara ini berdasarkan kiraan dengan merujuk kepada pernyataan Rasullullah ﷺ yang tidak pernah silap. Setiap yang disabdakan oleh  Rasullullah saw itu petunjuk bukan sekadar tatapan. insya-Allah. 

Tahun 2028 berlakunya haji akhbar dan tahun yang sama merupakan tahun munculnya mujaddid terakhir. AlMahdi alMubassyirat merupakan seorang Mujaddid yang mendapat petunjuk untuk memimpin umat ini. Maka dengan itu AlMahdi akan diBaiah oleh ummat Islam di antara Rukun (Hajar Asawad) dan Maqam (Ibrahim). 

KEPENTINGAN UNTUK HIJRAH BERSAMAAN DENGAN ALMAHDI

Sepertimana yang telah dinyatakan pada awal artikel ummat Islam dari seluruh dunia akan diminta berhijrah untuk bersama dengan AlMahdi. Hijrah untuk bersama dengan khalifah ini dinamakan hijrah battah. Kalimat ini telah biasa diucapkan oleh Khalifah Bani Tamim, dan jemaah yang dipimpinnya. Ummat ini sedang disediakan untuk perkara itu. Ummat ini perlu disediakan walau apa pun keadaan, apa juga keperluan, ke mana mana sahaja, dengan siapa sahaja, ummat ini perlu dengar dan taat. 

Hijrah adalah perkara besar yang telah luput dari pemahaman ummat. Perkara inilah yang sangat berat yang perlu diputuskan oleh setiap umat Islam. Memberi tahu dan memahamkan ummat adalah dua perkara yang berbeza. Tidak semua yang tahu mempunyai kesanggupan untuk berhijrah. Para sahabat apabila diputuskan untuk berhijrah keputusan itu terus ditaati. Sifat ketaatan memerlukan iman untuk mengorbankan segala apa yang ada di dalam hati manusia.

MUNCULNYA IMAM ALMAHDI SEBAGAI MUJADDID ADALAH SEBUAH KEPUTUSAN ALLAH

Haji Akhbar adalah hari untuk ummat ini membuat keputusan rujuk semula ayat 3 pada surah atTaubah di atas. Tempoh masa untuk ummat ini membuat keputusan dan persiapan menghadapi fitnah akhir zaman akan segera berakhir dengan pengisytiharan AlMahdi sebagai Imamnya Ummat. Kemunculan AlMahdi sebagai imam merupakan keputusan Allah terhadap ummat ini.

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “jika bapa-bapa kamu sekalian, anak-anak kamu sekalian, saudara-saudara kamu sekalian, isteri-isteri kamu sekalian, kaum keluarga kamu sekalian, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. Al-Quran Surat At-Taubah Ayat 8

ADAKAH UMMAT INI TELAH BERSEDIA UNTUK PERINTAH INI.

Tiada siapa dapat menolak ayat (perintah) Allah ﷻ ini. Tanggungjawab untuk menyempurnakan ayat tersebut terletak atas kesemua ummat Islam. Ayat ini, bukan hanya perlu diamalkan oleh satu golongan. Malah tiada alasan lagi untuk ummat ini menolaknya. Seluruh ulama jangan berdiam diri terhadap ayat ini. Ayat inilah yang telah lama tidak ditunaikan kewajiban dan tanggungjawab untuk disempurnakan. Kemunculan AlMahdi sebagai Mujaddid menuntut ayat ini untuk disempurnakan. Ummat ini tiada lagi alasan dan tempoh untuk tangguh. Semoga semuanya bersedia, InsyaAllah.

ZAMAN PEMERINTAHAN ALMAHDI BERMULA

Zaman Imam AlMahdi bermula sebaik sahaja ketika beliau dibaiah di Mekah oleh ummat Islam. Maksud bai’ah adalah penyerahan kesetiaan kepada khalifah di dalam apa juga keadaan selagi tiada perintah untuk menentang perintah Allah. Namun bagi yang bai’ah istilah tidak taat ini tiada, kerana bai’ah tersebut dibuat dalam keadaan yakin bahawa AlMahdi itulah pilihan Allah. Apakah seseorang yang ditunggu itu membuat keputusan, dan keputusannya kita tolak. 

SIAPAKAH TENTERA ALMAHDI

Pengikut Imam AlMahdi itulah tentera AlMahdi. Apabila diadakan imam oleh Allah tujuannya untuk diikuti bukan sekadar diperhati. Maka kitalah yang perlu untuk mengikuti Imam AlMahdi. Siapa lagi yang akan bersama alMahdi sekiranya bukan kita sendiri. Siapa lagi yang akan memberikan bai’ah sekiranya bukan kita sendiri. Kita semua bertanggungjawab untuk memberikan bai’ah ini. 

Bai’ah tersebut adalah perjanjian keselamatan. Kita yang perlukan keselamatan, bukan sekadar membiarkan orang lain yang mendapat jaminan keselamatan. Kita semua adalah ummat Rasullullah ﷺ. Semua orang layak untuk bersama dengan beliau. Semua ummat Islam ini sama rata kedudukannya, tiada kasta atas sesiapa pun. Bersama dengan AlMahdi terbuka untuk semua. 

Merangkaklah walaupun atas salju. Hanya yang lemah imannya, dirinya sendiri yang enggan merangkak. Kita sendiri akan menolak apabila iman kita masih tidak diusahakan. Kita sendiri yang akan membuat pilihan untuk berpaling.

APA SAHAJA YANG KITA CINTAI KETIKA ITU PERLU DIKORBANKAN DEMI BUKTI CINTA KEPADA ALLAH.

Apakah yang menghalang kita ketika itu, ayah atau anak. Bayangkan sekiranya sekarang ini kita diminta keluar fisabilillah, ketika anak masih kecil. Ketika masih memeluk kaki ayah dari keluar berjihad, adakah kekuatan itu sudah terbina.

Desakan isteri, saudara mara dan kaum kerabat yang sedang berkunjung. Mampukah menolaknya. Rumah yang baru siap indah dibina, projek yang sedang menunggu keuntungan, atau harta kesenangan itu yang kita pilih lebih dari sepatutnya. Semakin besar pilihan yang ada semakin berat keputusan akan dibuat.

Sepatutnya kita memilih Allah ﷻ, rasulNya dan keluar di jalan Allah ﷻ. Sekiranya sekarang ini kita merasa keberatan hendak tinggalkan perkara perkara tersebut, apakah esok kita sudah terbina kekuatan tersebut. Buatlah latihan bersama dengan khalifah sebelum AlMahdi untuk bina persiapan untuk itu. 

BAI’AH ITULAH MAKSUD TASYKIL ALMAHDI

Sebaik sahaja selesai bai’ah tersebut akan bermulalah peperangan demi peperangan. Kesemua peperangan ini akan dipimpin terus oleh AlMahdi. Setiap peperangan yang dipimpin oleh Khalifah AlMahdi ini dinamakan Al-Malhamah. Berbeza dengan Ghazwa Hind tidak dinamakan sebagai AlMalhamah, kerana tidak dipimpin oleh Imam AlMahdi. insya-Allah.

BUATLAH PERSIAPAN BERMULA SEKARANG

Pengislahan AlMahdi akan terjadi dalam satu malam untuk menjadi Mujaddid. Sebaliknya satu malam tersebut bukan untuk kita. Kita yang perlu usaha islahkan diri kita, maka kitalah yang perlu taat kepada khalifah. Masa persiapan ini akan berakhir menjelang Pengibaran Panji Hitam yang kedua itu bermula. 

Akuilah bahawa iman kita sangat lemah, seperti buih buih di pantai. Kita tidak dapat menipu diri kita sendiri. Keimanan menuntut pengorbanan, tanpa iman pengorban itu tinggal sebutan sahaja. Sekarang ini sekiranya seseorang mengenali AlMahdi, yang menyebarkan petunjuk melalui AlBusra (mimpi) siapakah yang berani tampil kedepan membantu beliau. Inikan pula beliau hanya manusia biasa bukan dari kalangan ulama. Bukan dari kalangan terkenal atau ternama, bukan dari kalangan pemimpin. Hanya orang biasa yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.

TEMPOH MASA ZAMAN PEMERINTAHAN ALMAHDI

Bermulanya AlMahdi dibaiah menandakan tempoh pemerintahan alMahdi juga bermula. Beliau akan memerintah selama 7 tahun dan sekiranya diizinkan Allah akan dipanjangkan sehingga 9 tahun. 

 يَكُونُ فِي أُمَّتِي الْمَهْدِيُّ إِنْ قُصِرَ فَسَبْعٌ وَإِلَّا فَتِسْعٌ فَتَنْعَمُ فِيهِ أُمَّتِي نِعْمَةً لَمْ يَنْعَمُوا مِثْلَهَا قَطُّ تُؤْتَى أُكُلَهَا وَلَا تَدَّخِرُ مِنْهُمْ شَيْئًا وَالْمَالُ يَوْمَئِذٍ كُدُوسٌ فَيَقُومُ الرَّجُلُ فَيَقُولُ يَا مَهْدِيُّ أَعْطِنِي فَيَقُولُ خُذْ

Nabi ﷺ bersabda, “Akan ada pada umatku Al Mahdi, jika dipendekkan (hidupnya bersama kalian) maka menjadi tujuh (tahun), dan jika tidak maka menjadi sembilan (Tahun). Lantas umatku akan mendapatkan kenikmatan yang belum pernah mereka rasakan sama sekali (sebelumnya). Akan diberikan makanannya, maka janganlah kalian menyimpannya sedikitpun. Dan harta benda pada hari itu begitu melimpah, lalu ada seorang laki-laki berdiri sambil berkata, ‘Wahai Al Mahdi, berilah aku.’ Ia menjawab, ‘Ambillah’.” (Hadits Hasan riwayat Ibnu Majah 4073)

Merujuk kepada tahun Bai’ah AlMahdi pada 2028 maka sekiranya ditambahkan dengan 7 tahun ianya menunjukkan angka 2035. Hadits tersebut menjelaskan sekiranya tempoh itu diperpanjangkan, menunjukkan perkara itu berlaku seperti itu. Yakni tambahan sebanyak 2 tahun lagi menjadikan pemerintahan AlMahdi adalah 9 tahun. Maka 9 tahun dari 2028 adalah tahun 2037 Masehi. Tiada pertambahan lagi, maksudnya itu adalah hari keputusan yang akan dibuat berkaitan dengan umur ummat Islam. insya-Allah. 

TEMPOH 9 TAHUN PEMERINTAHAN ALMAHDI ADALAH TANDA AWAL BERAKHIRNYA UMUR UMMAT ISLAM.

AlMahdi adalah khalifah terakhir, berakhirnya kekhalifahan bererti itulah hari kewafatan beliau. Hari kewafatan AlMahdi adalah sebuah petanda. Petanda bahawa umur seluruh ummat Islam juga akan berakhir. Ini kerana ummat ini akan dipimpin hanya oleh 12 orang khalifah dari keturunan Quraisy. Nabi Isa as bukanlah Khalifah begitu juga Al-Qhatani, kerana kedua duanya bukanlah dari keturunan Quraisy. Namun kedua duanya adalah panglima kanan AlMahdi. Tiada lagi khalifah lain setelah AlMahdi.

HARI TERAKHIR ORANG BERIMAN ADALAH HARI KEWAFATAN ALMAHDI

AlMahdi merupakan golongan yang terakhir dari kalangan orang mukmin yang masih hidup. Selepas kewafatannya semua ummat Islam akan turut dicabut nyawanya secara serentak. Tiada lagi hari esoknya untuk orang beriman. Hari yang akan dikirimkan angin untuk mencabut nyawa golongan beriman.

 إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ رِيحًا مِنْ الْيَمَنِ أَلْيَنَ مِنْ الْحَرِيرِ فَلَا تَدَعُ أَحَدًا فِي قَلْبِهِ قَالَ أَبُو عَلْقَمَةَ مِثْقَالُ حَبَّةٍ و قَالَ عَبْدُ الْعَزِيزِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ

“Sesungguhnya Allah akan menghembuskan angin yang sangat lembut, selembut sutra dari arah Yaman, ia tidak akan melewati seseorang yang sesuatu terdapat di dalam hatinya”. Abu Alqamah berkata: “seberat biji-bijian”, sedangkan Abdul Aziz berkata: “seberat biji sawi dari keimanan kecuali Allah akan mewafatkannya.” (Hadits Shahih Muslim)

TAHUN BERAKHIRNYA UMUR UMMAT ISLAM

Kesemuanya berlaku sehinggalah tamat tempoh pemerintahan alMahdi pada 2037 Masehi. Adakah kiraan ini juga sebuah kebetulan sama dengan pengiraan “Tahun Berakhirnya Umur Ummat Islam” pada 2037 Masehi. (Rujuk artikel tersebut). Manusia yang masih hidup setelah ditiupkan angin tersebut hanyalah orang yang tidak beriman.

JANGAN BERFIKIR UNTUK TERUS HIDUP SETELAH KETIADAAN ALMAHDI

Selepas kewafatannya manusia yang masih hidup adalah yang tidak dipimpin lagi oleh khalifah. Apabila ummat ini tidak dipimpin oleh khalifah maka pemimpinnya adalah dari kalangan iblis itu sendiri. Golongan inilah yang akan menghadapi “Hari Kebinasaan” seperti mana yang dijanjikan. Bagi mereka, tiada lagi perlunya tanda tanda Qiamat, kerana keimanan sudah tiada ertinya.

إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ, مَاشَاءَ اللَّهُ كَانَ, وَمَالَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ, لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْمِ,  أَعْلَمُ أَنَّ الله عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ, وَ أَنَّ الله قَدْ أَحَاطَ  بِكُلِّ شَيْئٍ عِلْمًا LABEL: ALMAHDIBERBAGI

Translate

Pilih Bahasa​▼

Kategori

Subscribe Artikel

  Postingan

  Komentar

Total Visitor

9290

Daily Visitor

Visitor Country

Flag Counter

 Diberdayakan oleh Blogger

MANHAJ

Diterbitkan oleh H. Akang Permana, SP. MM

H. Akang Permana, lahir di Bandung, 19 Agustus 1958

Tinggalkan komentar

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai