Himpunan Mimpi Muhammad Qasim Ibn Abd Karim
Sumber: Al-Quds Official, Ayuyusmar
Bandung, 5 Maret 2022
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.
Aku selalu melihat perang ini dalam mimpi-mimpi benar ku. Perang ini adalah perang yang dikenakan terhadap Pakistan sedangkan kita hanya mempertahankan negara kita dan Islam.
Perang tersebut adalah perang yang sangat besar dan paling parah terhadap Islam di dunia. Perang itu bukan hanya untuk mempertahankan kelangsungan hidup Pakistan. Tapi juga untuk mempertahankan kelangsungan hidup Islam.
Kerana sebelum perang ini, dua benteng utama Islam yang kuat, Turki dan Arab Saudi telah hancur. Dan kerana Pakistan adalah benteng terakhir Islam maka sangat penting untuk mempertahankan Pakistan supaya dapat menyelamatkan Islam.
Sebelum perang ini, Allah s.w.t menyampaikan berita tentang mimpiku kepada Ketua Tentera Pakistan dan Nabi Muhammad s.a.w juga memberi kepadanya kesaksian atas mimpiku bahawa “Qasim tidak berbohong kepada sesiapa pun tentang mimpinya. Dan mimpi-mimpinya itu benar dan datang dari Allah s.w.t.”
Tentera dan rakyat Pakistan mengambil langkah berani untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan. Dan kemudian orang-orang yang benar-benar mencintai Pakistan juga turut memperjuangkannya.
Dan kita membersihkan Pakistan dari segala bentuk kekafiran. Satu sistem penuh keadilan terbentuk sehingga seluruh dunia terkejut kerana satu sistem pemerintahan seperti itu dapat terbentuk.
Pakistan mula maju dan juga mula bersiap sedia untuk menghadapi perang. Tapi dalam masa yang sama, kehancuran mula berlaku di Turki dan Timur Tengah. Kelompok pengganas baru telah terbentuk di Timur Tengah.
Ketika itu juga, India dan sekutunya bersama kelompok pengganas juga mula bersiap untuk memerangi Pakistan. Tetapi Allah s.w.t menolong Pakistan dengan jet-jet tempur hitam yang kuat sehingga India tidak berani menyerang Pakistan kerana menyaksikan jet-jet tempur hitam itu.
Kita juga menyerang Kashmir dan membebaskannya untuk membuat pertahanan kita lebih kuat dan India tidak berani menyerang Pakistan sendirian kerana adanya jet-jet tempur hitam.
Selepas melihat jet-jet tempur hitam ini, ramai umat Islam dari seluruh dunia datang ke Pakistan dan mula memainkan peranan mereka dalam membangunkan kembali Islam.
Allah s.w.t membantu kita dari balik tabir dan Allah s.w.t menjadikan kita sangat cerdas dengan rahmat-Nya. Kita membuat pesawat tempur, kapal-kapal, teknologi kita sendiri dan kita juga menjadi berdikari.
Beberapa waktu sebelum ini, Nabi Muhammad s.a.w telah memanggilku datang ke Madinah melalui satu mimpi. Ketika aku pergi ke Mekah dan Madinah, aku lihat keduanya dalam keadaan ditinggalkan dan terbengkalai.
Aku melihat keresahan dan kegelapan di kalangan manusia. Jadi aku katakan kepada mereka,”Bersabarlah untuk sementara waktu, Allah s.w.t akan memperbaiki semuanya dengan pertolongan-Nya”.
Ketika aku kembali (ke Pakistan), musuh telah bersiap sedia menyerang Pakistan. Dan kita juga sudah bersedia menyerang. Menurut mimpi yang benarku Nabi Muhammad s.a.w juga terlibat secara ghaib dan rahsia yang mana perkara ini hanya diketahui oleh para komandan utama.
Dan kemudian perang terburuk dimulai dan kemudian musuh-musuh Pakistan merasa yakin mereka akan menghancurkan Pakistan. Tapi Allah mempunyai rancangan yang berbeza, dan Allah s.w.t membantu Pakistan dalam peperangan ini.
Orang-orang Islam tidak membunuh anak-anak, orang tua atau lelaki yang tidak bersenjata yang ingin berdamai. Aku tidak tahu berapa lama perang ini berlangsung tapi Pakistan menang dalam peperangan ini dengan bantuan Allah s.w.t.
Selepas perang tamat, aku mengetahui bahawa dalam perang ini, 800 juta nyawa telah terkorban. Kemudian aku menjadi sangat sedih dan aku mengatakan, “kenapa perang ini terjadi pada kita?”. Kemudian aku berkata, “Kita hanya membela diri dan musuh-musuh itu sendiri yang menginginkan kematian.”
Kita membantu semua wanita, anak-anak, orang tua dan menerima mereka sebagai keluarga dan mereka masuk ke dalam Islam. Kerana kita memenangkan perang ini dengan bantuan Allah s.w.t dan musuh dikalahkan, kemudian umat Islam dari Timur keluar dengan bantuan Allah s.w.t ke seluruh dunia dan mendapatkan kembali wilayah mereka. Tidak ada yang menghalang kita dan semua bentuk keganasan dan penindasan dihancurkan.
Kita menyebarkan Islam yang sejati ke seluruh dunia dengan pertolongan Allah s.w.t dan seluruh dunia dipenuhi dengan kedamaian. Islam sekali lagi tersebar ke seluruh dunia.
Semua orang tahu bahawa sesungguhnya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w penuh dengan kedamaian. Ada rahmat dan kurniaan Allah s.w.t di mana-mana saja dan ada rezeki di mana-mana. Tidak ada yang sedih atau miskin. Dan yang paling penting dari itu semua adalah, Allah s.w.t redha dengan kita, dan setelah beberapa tahun dajjal pun muncul.