Acuan Kata Dalam Himpunan Mimpi Muhammad Qasim Bin Abdul Karim

Allah & Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dalam Mimpi-Mimpiku

Kata Pengantar Himpunan Terjemahan Penceritaan Mimpi Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim (Al-Quds)

KATA-KATA ALUAN

بِسْــــــــــــــــــم ِ اﷲِالرحَّْمَنِ اارحَِّيم السَّلامَُ عَلَيْكُمْ وَرحَْمَةُاللهِ وَبرََكَاتُه
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, sampai saat ini kita masih lagi mengecapi nikmatnikmat-Nya yang berlimpah-ruah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Syukur yang tidak terhingga kerana di sini, dapat dihimpunkan koleksi susunan penceritaan mimpi yang dianugerahkan kepada Muhammad Qasim bin Abdul Karim.
Pesanan penyusun kepada semua pembaca:
Harus di ingat, penulisan ini adalah daripada penceritaan asal dalam Bahasa Urdu dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, dan akhirnya terhasil satu penulisan terjemahan ke Bahasa Melayu yang dimuatkan ke dalam teks ini. Semua perbendaharaan kata digunakan mengikut kesesuaian tatabahasa dan konteks Bahasa Melayu.
Teks ini tanya memuatkan himpunan mimpi asas Muhammad Qasim sehingga bulan April 2022.
Segala kekurangan mahupun kelemahan untuk hasil kerja ini adalah kepunyaan kami sendiri.
Dengan rendah hati, anda semua dijemput bertabayyun untuk mengamati isi kandungan mimpi-mimpi ini. Kerana demi Allah ﷻ mimpi ini adalah rahmat yang murni dari-Nya. Ia adalah khabar gembira buat semua pencinta kedamaian.

Tempayan penuh air, keruh atau jernih
Asing tapis kotor ambil yang bersih
Belenggu zon selesa dicabut memang pedih
Andai sukar terima usah cepat kalih
Yuk telaah dengan jiwa suci putih
Yakin akan menyusul, di awal jerih
Untung keluar takuk lama insan terpilih Nadi berdenyut masa terus beralih

Selamat membaca! In Shaa Allah.
MUQADDIMAH

إنَِّ الْحَمْدَ للهَِّ نَحْمَدُهُ وَنًسْتعَِينْهُُ وَنًسْتغَْفِرهُْ وَنًعُوذً بِِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أنَفُْسِناَ وَمِنْ سَ ِّيئاَتِ أعَْمَالنِاَ، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ
لَهُ وَمَنْ يُضْللِْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أشَْهَدُ أنَْ لاَ إلَِهَ إلِاَّ الله وَأشَْهَدُ أنََّ مُحَمَّدًا عَبدُْهُ وَرسَُوْلُهُ
Segala puji bagi Allah ﷻ yang telah menjadikan mimpi sebagai bentuk perhubungan-Nya kepada para hamba-Nya sebagai baki terakhir khabar nubuwwah.
Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada penutup para Nabi, baginda Nabi Muhammad ﷺ yang telah membacakan kepada kita ayatayat-Nya, menyucikan kita dan mengajarkan kita Kitab dan Hikmah.
Mimpi sememangnya mempunyai kepentingan tertentu di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam Al-Quran ada 7 tempat yang membahaskan tentang mimpi, dan 4 tempat dari itu ada di dalam surah Yusuf.
Maklum oleh umat Islam, surah Yusuf dicatat sebagai sebaik-baik cerita, dan di dalamnya mempunyai fokus tentang mimpi, sehingga sebahagian ahli tafsir menyebutkan Surah Yusuf sebagai surah mimpi.
Sedikit ibrah dan pelajaran yang dapat diambil dari satu kisah di dalam surah Yusuf adalah, walaupun kepada raja dan rakyat yang tidak beriman kepada-Nya, Allah ﷻ memberikan kepada raja itu sebuah mimpi sebagai petunjuk agar kerajaan itu terselamat dari kedasyatan kemarau yang berpotensi membunuh rakyat di bawah naungan kerajaannya.
Allah ﷻ juga mendatangkan Nabi-Nya yang telah diajarkan ilmu takwil mimpi dan pengurusan pembendaharaan untuk menguruskan persiapan rakyat itu menghadapi kemarau yang mencengkam.
Maka apatah lagi kompilasi kedasyatan pelbagai fitnah dan huru hara akhir zaman yang akan dihadapi umat terakhir. Maka telah wujud hadith Rasulullah ﷺ tentang kedudukan mimpi di akhir zaman sebagai tanda rahmat dan kasih sayang dari Allah ﷻ untuk umat terakhir.
قَالَ رسَُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَِا اقْترَبََ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا المْؤُمِْنِ وَرُؤْيَا المْؤُمِْنِ جُزْءٌ مِنْ سِتةٍَّ وَأرَْبَعِينَ جُزءًْا مِنْ النبُّوَُّةِ وَمَا كَانَ مِنْ النبُّوَُّةِ فَإِنَّهُ لاَ يَكْذِبُ
Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika zaman semakin mendekat, mimpi seorang mukmin nyaris tidak bohong, dan mimpi seorang mukmin adalah satu bagian dari empat puluh enam bahagian kenabian, dan apa yang berasal dari kenabian tentu tidaklah bohong”. (Sahih Bukhari 6499)
Di dalam As-Sunnah juga banyak mencatatkan tentang mimpi dan kedudukannya di dalam Islam. Sebagai contoh, penetapan syariat azan, rahsia Lailatul Qadar, bahkan sebagai cara pertama Allah ﷻ berhubung dengan baginda ﷺ sebelum baginda ﷺ dilantik menjadi Nabi dan Rasul.
Allah ﷻ berfirman:
لَهُمُ الْبشُْرٰى فِى الْحَيوٰةِ الدُّنْيَا وَفِى الاْٰخِرةَِۗ
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. (Yunus : 64)
Surah Yunus ayat 64 ini telah tafsirkan oleh Rasulullah ﷺ sendiri. Dari Abu Darda’, Rasulullah ﷺ bersabda:
رy سَُ ولَ اللهَِّ yصَ لَّى اللهَُّ yعَ لَيْهِ وَy سَ لَّمَ قَyالَ بُy شْ راَy هُ مْ yفِ ي الْyحَيَاةِ الyدُّنْyيَا الyرُّؤْيَyا الyصَّالِyحَةُ يَyراَy هَ ا المْy سُْ لمُِ أوَْ تُyرَى لَyهُ وَبُy شْ راَy هُ مْ
فِي الآْخِرةَِ الْجَنةَُّ
“Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan dunia, yaitu mimpi benarnya seorang muslim atau yang dimimpikan oleh seorang Muslim, sedangkan kabar gembira di kehidupan akhirat adalah syurga” [Musnad Ahmad : 26250]
Dalam Shahih Muslim, “Rasulullah ﷺ membuka tirai penutup, dan manusia pada waktu itu bersaf-saf dibelakang Abu Bakar radiallahu’anhu maka baginda ﷺ bersabda, “Wahai manusia, tidak tersisa dari khabar kenabian kecuali mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan kepadanya.”
Di dalam Sunan An-Nasai dan sunan Ibn Majah “Rasulullah ﷺ satu ketika menyingkap tirai penutup dan kepalanya dibalut dengan kain kerana sakit – yang kerana itu menyebabkan baginda meninggal dunia- lalu Baginda ﷺ bersabda: “Ya ALLAH, telah kusampaikan (Beliau mengulanginya 3x), sesungguhnya tidak tersisa lagi khabar kenabian kecuali mimpi yang benar, yakni mimpi yang dilihat SEORANG muslim atau diperlihatkan kepada seorang hamba”.
Ubadah bin Shamith radiallahu’anhu berkata:
”Mimpi seorang mukmin adalah sebuah kalam (pembicaraan) yang Allah berbicara dengan hambaNya ketika tidur.”
[Madarij Al Salikin, 1/51]
Maka kerana itu seorang muslim tidak boleh menutup mata dan telinganya ketika sampai kepadanya tentang seorang muslim sunni yang mengaku telah bermimpi ratusan kali berbicara dengan Allah ﷻ di balik hijab dan berbicara dengan Nabi Muhammad ﷺ di dalam mimpi-mimpinya.

Ya. Pada tahun 2014 telah muncul seorang muslim sunni dari Pakistan bernama Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang mengaku telah ratusan kali berbicara dengan Allah ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ di dalam mimpinya dan diperintahkan untuk menyebarkan mimpinya ke seluruh dunia.
Banyak orang telah menuduh Muhammad Qasim gila dan tidak mempedulikan apapun yang ia katakan. Ada pula orang yang menuduhnya berdusta tanpa terlebih dahulu meneliti dan memeriksa kebenarannya.
PARA ULAMA’ BERPENDAPAT BOLEHNYA BERLAKU SESEORANG
BERMIMPI BERTEMU ALLAH ﷻ
—————
Para ulama’ bersepakat bahawa bolehnya berlaku kepada seseorang bermimpi bertemu Allah ﷻ sebagaimana dinukilkan, contohnya Al-Hafiz Ibn Hajar telah menyebutkan di dalam (kitabnya) Fathul Bari, dari Al-Qadi ‘Iyadh, bahawa beliau berkata: Tidak berselisih para ulama’ pada bolehnya melihat Allah di dalam tidur (mimpi).
Dan An-Nawawi telah menyebutkan di dalam Syarh Sahih Muslim, dari AlQadi, bahawa beliau berkata, para ulama’ bersepakat pada bolehnya melihat Allah di dalam mimpi dan kesahihannya. Tamat maksud dari kalamnya.
Dan Al-Baghawi telah menyebutkan di dalam kitabnya Syarhus Sunnah, dari Al-Imam – iaitu Syeikhnya Al-Qadi Husain Muhammad bin Ahmad Abu Ali Al-Marwardzi, seorang Syeikh dalam mazhab Syafii di zamannya, bahawa beliau berkata: Melihat Allah di dalam mimpi itu boleh (berlaku).
Jika seseorang melihat-Nya maka (takwilnya) dijanjikan baginya syurga, atau keampunan, atau keselamatan dari neraka. Dan perkataan-Nya haq, dan janji-Nya benar.
Dan jika seseorang itu melihat Allah ﷻ sedang memandang kepadanya, maka (takwilnya) adalah rahmat-Nya, jika dia melihat Allah ﷻ berpaling darinya, maka (takwilnya) peringatan dari perlakuan dosa-dosa, berdasarkan firman Allah ﷻ:
“Mereka itu tidak ada bahagian untuk mereka di akhirat, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka dan tidak akan memandang kepada mereka” [Ali Imran: 77]
(lihat Kitab Ar-Ru’ya oleh Syeikh Hamud At-Tuwaijiri)
ALAMAT/PETANDA MIMPI BENAR DARI ALLAH
—————
Mimpi-mimpi benar dari Allah ﷻ itu dapat dikenali melalui beberapa tanda atau alamat seperti yang dijelaskan oleh para ulama’.

  1. Bentuk berita gembira (dan peringatan). Berdasarkan hadith:
    رسَُولَ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يبَقَْ مِنْ النبُّوَُّةِ إلِاَّ المْبُ ِّشَراَتُ قَالُوا وَمَا المْبُ ِّشَراَتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
    Rasulullah ﷺ bersabda: “Kenabian tidak ada lagi selain berita gembira”. Para sahabat bertanya; “Apa maksud kabar gembira?” Nabi ﷺ menjawab; “Mimpi yang baik”. (Sahih Bukhari 6475).
  2. Orang yang bermimpi merasa gembira dan bahagia ketika bermimpi dan setelah bangun dari mimpi.
    Berdasarkan hadith Nabi ﷺ, dari Abu Sa’id Al-Khudri radiallahu’anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
    إذَِا رأَىَ أحََدُكُمْ الرُّؤْيَا يُحِبهَُّا فَإِنمََّا هِيَ مِنْ اللهَِّ فلَْيَحْمَدْ اللهََّ عَلَيْهَا وَلْيُحَ ِّدثْ بِمَا رأَىَ
    “Apabila salah seorang diantara kalian melihat mimpi yang menggembirakannya maka itu berasal dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah karenanya dan menceritakan apa yang ia lihat”. (Shahih Bukhari 6523)
  3. Wujud perintah kepada yang ma’ruf dan larangan daripada kemungkaran. Juga galakan kepada melakukan ketaatan atau amaran dari melakukan maksiat. Perkara ini mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan bukanlah perkara yang baru.
    Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata:
    “Dan mimpi para Nabi adalah wahyu, karena mimpi mereka terjaga dari syaitan; dan ini sudah menjadi kesepakatan umat (Islam); oleh karena itu Al-Khalil (Nabi Ibrahim ‘alaihissalam) mahu menyembelih putranya Ismail ‘alaihissalam hanya karena mimpi. Adapun mimpi selain mereka maka harus diselarikan dengan wahyu yang jelas; jika selari (maka diterima), jika tidak maka tidak boleh diamalkan”.
    (Madaarijussalikin 1/51)
  4. Sesuai dan dapat dita’bir dengan kaedah mimpi. Jika mimpi tersebut tidak sesuai dan bertentangan dengan kaedah ta’bir mimpi, maka menjadi tanda bahawa ia bukanlah mimpi benar dari Allah ﷻ.
  5. Kejujuran orang yang bermimpi. Berdasarkan hadith Nabi ﷺ:
    وَأصَْدَقُكُمْ رُؤْيَا أصَْدَقُكُمْ حَدِيثاً
    Ertinya: Sebenar-benar mimpi adalah dari sejujur-jujur perkataan. (HR Muslim)
    Maka dilihat dari watak yang bermimpi. Jika ia dikenali masyarakat dan lingkungannya sebagai seorang yang benar dan jujur, maka mimpimimpinya juga cenderung benar dari Allah ﷻ.
  6. Mendekatnya akhir zaman. Berdasarkan hadith:
    Dari abu Hurairah Radiallahu, Rasulullah ﷺ bersabda :
    قَالَ رسَُولُ اللهَِّ صَلَّى اللهَُّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَِا اقْترَبََ الزمََّانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا المْؤُمِْنِ وَرُؤْيَا المْؤُمِْنِ جُزءٌْ مِنْ سِتةٍَّ وَأرَْبَعِينَ جُزءًْا مِنْ النبُّوَُّةِ وَمَا كَانَ مِنْ النبُّوَُّةِ فَإِنَّهُ لاَ يَكْذِبُ
    Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika zaman semakin mendekat, mimpi seorang mukmin nyaris tidak bohong, dan mimpi seorang mukmin adalah satu bagian dari empat puluh enam bahagian kenabian, dan apa yang berasal dari kenabian tentu tidaklah bohong”. (Sahih Bukhari 6499)
    Al-Hafizh Ibnu Hajar meriwayatkan dari Ibn Abi Jamrah Rahimahullah: Pada akhir zaman mimpi seorang mukmin hampir-hampir tidak mengandungi kebohongan ertinya mimpi itu memiliki sifat dan makna yang jelas. Sehingga, tidak memerlukan penakwilan yang diliputi kebohongan. Bahkan, mimpi itu benar-benar menjadi kenyatan. Berbeza dengan mimpi orang lain yang memerlukan penakwilan. Sehingga mimpi itu perlu ditafsirkan oleh seorang pentakwil mimpi. Tetapi, hasilnya tidak sesuai dengan realiti yang ada.
    Pada akhir zaman, kebenaran mimpi seorang Mukmin ini mengandungi hikmah, kerana pada ketika itu setiap orang beriman akan terasing di tengah-tengah masyarakatnya. Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah ﷺ yang mengatakan, “Islam muncul dari keterasingan dan nanti akan kembali kepada keterasingan”. Pada saat itu, pendamping dan penolong seorang mukmin akan semakin berkurang. Namun, Allah ﷻ akan memuliakan dengan mimpi baik yang dapat memberinya khabar gembira dan meneguhkannya di jalan kebenaran.
    Ibn Bathtal berkata: “Dalam pengertian hadith ini, jika kiamat semakin hampir dan kebanyakan ilmu telah diangkat, dan ciri-ciri agama dipelajari dalam keadaan huru-hara dan fitnah, maka manusia memerlukan seorang pemberi peringatan dan pembaharu agama tentang apa yang dipelajari di dalam agama, sebagaimana umat-umat terdahulu telah diingatkan kepada nabi-nabi, tetapi kerana Nabi ﷺ kita adalah penutup nabi-nabi, maka tidak ada Nabi lagi selepasnya. Manakala zaman fitnah itu menyerupai zaman fatrah, maka digantikanlah untuk mereka dari apa yang mereka terhalang (mempelajarinya) dengan mimpi yang benar yang merupakan juzuk dari khabar kenabian yang berisi berita gembira dan peringatan.”
    Ibn Hajar juga menyebutkan bahawa sebahagian berpendapat bahawa ia akan berlaku di zaman Al-Mahdi, ketika ditebarkan keadilan dan rasa keamanan, juga ditebarkan kebaikan dan rezeki. [Lihat Fathul Bari, Kitab Ta’bir]
  7. Mimpi yang berulang dari orang yang sama atau orang lain.
    Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari tentang LailatulQadar.
    Di mana beberapa sahabat bermimpi bahawa Lailatulqadar berlaku pada 7 malam terakhir dan beberapa sahabat lain bermimpi bahawa Lailatulqadar berlaku pada 10 malam terakhir.
    Maka berdasarkan mimpi-mimpi ini Nabi ﷺ mengambil 10 malam terakhir sebagai merangkumi kesemua mimpi mereka.
    Bahkan al-Bukhari meletakkan tajuk ةy رؤيy لى الy ؤ عy تواطyال. Mengisyaratkan keserupaan dalam mimpi adalah penguat kepada kebenaran mimpi.
    Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah juga dalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, “diambil faidah dari hadith ini, bahawa keserupaan (mimpi) dari jamaah (sekumpulan manusia) pada mimpi yang sama, menjadi petunjuk akan kebenaran dan kesahihannya, sepertimana diambil faidah dari kekuatan khabar yang diambil dari jamaah pada sesuatu khabar”. (Lihat Fathul Bari, Kitab Ta’bir).
  8. Mimpi terlihat jelas. Berdasarkan hadith:
    عن عائشة قالت: “أول ما بدىء بِهِ رسَُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللهَُّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مِنَ الوَحي ‌ الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ فِي النوَّْم ِ،
    . فَكَانَ لاَ يرََى رُؤْيَا إلاَّ جَاءتْ مِثلَْ فلََقِ الصبح
    Permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah ﷺ ialah mimpi yang benar di dalam tidur. Setiap kali bermimpi, baginda ﷺ tidak melihat di dalam mimpi tersebut kecuali bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. (HR Bukhari dan Muslim)
    Imam An-Nawawi mensyarahkan di dalam Syarh Sahih Muslim, “Berkata ahli lughah, bahawa cahaya terang di pagi hari menunjukkan terangnya cahayanya, dan sesungguhnya hanya dikatakan ini, pada sesuatu yang terang dan jelas”.
  9. Mimpi itu berkesinambungan.
  10. Orang yang bermimpi tidak lupa dan mengingati apa yang dilihatnya, dan mampu menceritakannya dari awal sehingga habis, termasuk perincian perkara-perkara di dalam mimpinya.
  11. Mimpi itu biasanya pendek dan berkisar tentang satu tajuk.

https://muhammadqasimpk.org/muhammad-qasim-messages/

Diterbitkan oleh H. Akang Permana, SP. MM

H. Akang Permana, lahir di Bandung, 19 Agustus 1958

Tinggalkan komentar

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai