ALLAH ﷻ DAN MUHAMMAD ﷺ DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM
PERJALANAN DEMI PERJALANAN (07 APRIL 2021)
———————————
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.
Di dalam mimpi ini aku melihat diriku berada di satu kawasan yang sangat gersang, seperti gurun, di mana jarang adanya apa-apa tumbuh-tumbuhan.
Tempat tersebut nampaknya bukan seperti tempat di Pakistan, tetapi lebih kelihatan seperti di Timur Tengah.
Aku mengingatnya kerana telah melihat keadaan yang serupa pada mimpi yang lain di mana aku telah bertemu Khatamun Nabiyyin Nabi Muhammad ﷺ.
Melalui mimpi ini, aku melihat taman-taman kecil di suatu tanah yang kering di mana di dalamnya ada pepohonan yang tinggi seperti pohon-pohon kurma.
Taman-taman kecil ini dipisahkan oleh dataran. Aku berada di salah satu taman dari taman-taman tersebut bersama dengan para pembantuku.
Kami sedang menuju ke satu tempat, tapi tidak ada seorang pun di antara kami yang yakin ke manakah arah tuju kami, atau seberapa jauhkah kami perlu berjalan, atau seberapa lama perjalanan ini akan memakan masa.
Aku mendapat satu perasaan bahawa kami harus melakukan tugas ini dan kami melakukannya demi Allah ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ.
Lantas kami segera tiba di hujung taman tersebut, di mana kami berjalan di dalamnya. Aku melihat bahawa di sana ada taman lain di hadapan, selepas dipisahkan oleh sebahagian kecil tanah kering.
Ketika kami mendekati pinggiran taman pertama, aku melihat Nabi Muhammad ﷺ datang menuju kami dari taman yang lain.
Setelah aku melihat Nabi Muhammad ﷺ, aku terkejut dan berkata kepada diriku sendiri bahawa aku berfikir kami masih mempunyai banyak masa, dan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh, tetapi nampaknya kami semakin dekat!
Aku juga menyedari bahawa Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabatnya sedang menunggu kami di hujung taman berikutnya.
Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ begitu khuatir terhadap kami dan berjalan ke arahku dengan cemas. Nabi Muhammad ﷺ bertanya kepadaku bahawa, “Qasim! Aku tidak sabar menanti kehadiranmu. Bilakah kau akan sampai kepada kami?”
Aku berkata kepada baginda ﷺ bahawa “Tugasan seterusnya yang kami lakukan, kami akan sampai selepas tugasan ini selesai. Jika tidak, selepas tugasan berikutnya ini, maka pasti selepas tugasan kedua yang kami lakukan (setelah tugasan berikutnya ini) kami akan sampai kepada kamu.”
Nabi Muhammad ﷺ berkata kepadaku bahawa, “Selepas kamu bertemu dengan kami (di taman berikutnya), hanya engkau seorang sahaja yang dapat melepasi titik itu dengan rahmat Allah ﷻ.”
Kemudian aku menyaksikan sebuah gambaran dari pergunungan selepas taman berikutnya, di mana orang-orang kafir telah mengerahkan bala tentera mereka.
Aku merasa bahawa kami harus meninggalkan kawasan itu, dan kami mesti mencari jalan keluar. Tetapi orang-orang kafir itu memantau kawasan itu untuk memastikan tidak ada sesiapa yang melepasinya. Nabi Muhammad ﷺ berkata kepadaku bahawa, “Kamu mesti maju ke depan dan dengan rahmat dan pertolongan Allah ﷻ, kamu akan bertemu jalannya.”
Kemudian aku melihat adegan-adegan dimana diriku berjalan menuju pegunungan, dan dengan rahmat Allah ﷻ, sebuah jalan seperti sebuah terowong terbuka melalui pergunungan.
Aku merasa jalan ini diciptakan oleh Allah ﷻ, ianya seperti satu mukjizat.
Selepas melihat semua ini, aku menyebutkan lagi kepada Nabi Muhammad ﷺ, bahawa, “Tugasan seterusnya yang kami lakukan, atau tugasan kedua selepas itu, engkau ﷺ akan dapat melihat kami mendatangimu.”
Kemudian aku melihat wajah Nabi Muhammad ﷺ menjadi cerah kerana bahagia dan baginda ﷺ menjadi sangat gembira mengetahui perkara ini.
Kemudian Nabi Muhammad ﷺ menjawabku dengan bersabda: “In Sya Allah! Allah akan membantumu! (Qasim & para pendukungnya).”
Mimpi berakhir disana.
#MimpiBenar
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co