ALLAH ﷻ DAN MUHAMMAD ﷺ DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM,
Bandung, 6 Juni 2022/1443 H
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.
Di dalam mimpi ini, aku melihat diriku di sebuah gurun yang luas. Kemudian aku melihat Arsy Allah muncul dan Allah memanggilku kepadaNya.
Lalu aku menjawab, “Wahai Allah, sudah lama Engkau tidak datang. Mengapa Engkau tidak datang akhir-akhir ini, wahai Tuhanku?”
Kemudian Allah ﷻ berfirman, “ Qasim, waktu-Ku telah tiba untuk memanggilmu, dan Aku tidak akan melakukan sesuatu yang belum waktunya.
Aku seharusnya memanggil kamu semasa kamu berusia 40 tahun. Sekarang engkau sudah berusia 40 tahun dan telah tiba waktunya Aku memanggil kamu.”
Dalam fikiranku, aku berfikir bahawa, “Aku sekarang sudah berusia lebih 40 tahun, tetapi Allah ﷻ berfirman bahawa aku berusia 40 (tahun)”.
Selepas itu aku pergi menuju Allah ﷻ dan ketika aku di pertengahan atau lebih, Allah ﷻ berfirman dengan suara lembut dan menenangkan hati, “Jadi katakan kepada-Ku Qasim, apa khabar kalian?”
Dan mimpi berakhir disini.
#MimpiBenar
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co